Ahad ni berkemungkinan besar kita umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri....Sejak semalam, ramai antara mereka yang dah mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri yang kian kunjung tiba dengan ibu bapa, sanak saudara dan rakan masing...Memang diakui setiap dari kita mempunyai ibu bapa, sanak saudara dan rakan-rakan...Akan tetapi jika diberi pilihan, kita mesti akan memilih untuk beraya bersama-sama keluarga iaitu IBU BAPA kita.....Kerana mereka adalah insan yang TERISTIMEWA bagi kita semua...tanpa mereka siapala kita...
Tapi....
Bagaimana dengan mereka yang sudah kehilangan insan yang TERISTIMEWA???...
Sensei bersyukur kerana masih mempunyai kedua-dua insan tersebut yang mana menjaga sensei dari kecik hinggala besar, yang mana memberi makan minum kepada sensei, yang mana memberi pendidikan kepada sensei dan bersusah payah membesarkan sensei dan adik beradik....Selepas sensei menonton video ni, sensei berasa sangat-sangat insaf dan sensei juga berasa sangat sebak sehinggakan bergenang air mata di kelopak ini...Sensei terlupa tanggungjawab sensei sebagai anak untuk bertanya khabar mereka sedangkan mereka sering telefon sensei untuk bertanyakan khabar sensei...sensei terbayang bagaimana hidup sensei sekiranya insan TERISTIMEWA ini pergi dulu dari sensei...yang mana umur sensei yang muda ini amat memerlukan mereka di sisi sensei......Sedangkan sekarang ni, apabila sudah lama sensei tidak balik kampung sensei akan merindui bebelan ibu dan nasihat ayah sensei....

Sensei sekadar hanya mahu berkongsi 2 video ini....mungkin ada dikalangan blogger yang telah menonton video ini...dan ada juga yang masih belom menonton video ini.....Bagi sensei, video ini benar-benar membuatkan sensei semakin tidak sabar untuk balik kampung untuk menyambut aidilfitri bersama kedua insan TERISTIMEWA sensei iaitu Ayah dan Emak sensei....Sensei berasa sebak setelah menonton video ini...Di hati kecil ini, takut benar menjadi anak-anak yang melupakan kedua orang tuanya, inikan pula mahu menjadi anak derhaka nauzubillah....Janji sensei di hati kecil ini, akan sensei bahagiakan mereka sehingga akhir hayat mereka.....insyaallah...Sensei selalu terfikir "adakah aku mampu melakukan seperti apa yang kedua orang tua ku lakukan kepada aku???"....Insyaallah, sensei akan lakukan selagi tulang empat kerat ini mampu untuk melaksanakannya.....
Jadi, hargailah kedua insan TERISTIMEWA kita selagi ada masa dan peluang yang kita ada....Pulangla ke kampung di Aidilfitri ini...Kerana ada ada insan yang menyayangi kamu menanti di sana dengan penuh kasih sayang, penantian, kesabaran dan segunung harapan.....Walaupun ianya nampak remeh, tapi sedarlah...."walau ke hujung dunia kita mencari pengganti, masih tidak dapat mengantikan insan TERISTIMEWA kita sendiri"......
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI
SENSEI IORI